Ringkas sahaja ;)
Assalamualaikum! Haaa lama kan saya tak menulis kat sini? Ya lah saya bukan robot. Hahahaha... Belajar, kerja sekolah, PT3 lagi (ya saya baru 15 tahun hehe) Kebelakangan ni kan, saya tak tahu kenapa tapi saya asyik terbayang pemandangan bila duduk dalam kapal terbang. Lagi-lagi kalau dapat duduk tepi tingkap... Pergh!!! (Okay sorry saya dah mula merepek hahahaha) Ok sekarang ni saya nak cakap pasal IKIM, tahu tak IKIM tu apa? Yang stesen radio tu, haaa betul la tu. Hehehe... Saya memang suka sangat dengar IKIM.fm sebab banyak ilmu-ilmu yang saya dapat daaan banyak slot yang menarik (walaupun bila waktu ulangan saya tetap tak bosan bila dengar hehehehe kalau nak tahu saya tengah dengar IKIM.fm sambil taip ni) Jakun pula budak seorang ni hahaha... Sebenarnya saya cuma nak ajak pembaca blog saya ni (kalau ada la hahahaha) untuk dengar IKIM.fm, serius dengar sekali mesti setiap hari nak dengar lagi. Saya rasa ni je la yang saya dapat tulis. Assalamualaikum dan sehingga berjumpa lagi! :)
Comments
Post a Comment