Ustaz-ustaz kata...

Assalamualaikum! Haha... Kali terakhir tengok blog masa akhir tahun lepas. Sekarang baru buka semula. Ish ish. Jadi dah alang-alang taip ni, saya nak kongsi petikan ceramah...

1). "Orang yang tak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain."
- Ustaz Azhar Idrus

2). 'Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya."
- Ustaz Kazim Elias

3). "Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat.. Insyallah bahagia.."
- Ustaz Don Daniyal

4). "Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda."
- Datuk Ismail Kamus

5). "Kalau kita sakit, jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat."
- Ustaz Haslin Baharin

6). "Selepas solat jangan tergesa-gesa, bertenang dulu, bacalah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun.”
- Al-Habib Ali Zainal

7). "Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya."
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8). "Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya."
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9). "Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa pula boleh membersihkan jiwa seseorang."
- Ustaz Dasuki Rani

10). Jangan cakap: "Pergi solat. Kalau tak, akan masuk api neraka!" Tapi cakap: "Jom solat, Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya. InsyaAllah"
- TG Harun Din

11). "Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah."
- Ustaz Pahrol

12). "Jika mahu berjaya dunia dan akhirat serta rezeki yang berkat, maka jangan tinggal solat.."
- Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff

Jom sebarkan. Wallahu a'lam

Jadi ini lah antara apa yang saya dapat kongsikan... Sekian, Wassalam... :)

Comments